1- MENGUNAKAN LIDAH BUAYA
Caranya ialah sapukan gel lidah buaya ke kawasan luka yang lukanya masih baru. Cara ini berkesan mencegah pembentukan luka yang kekal.
2- KAYU CENDANA
Buatlah campuran kayu cendana dengan air mawar. Sapukan campurann tersebut ke kawasan bekas luka pada waktu malam dan bersihkan campuran itu pada waktu pagi. Langkah ini merupakan langkah yang terbaik untuk menghilangkan bekas luka.
3-JUS TIMUN
Sapukan jus timun ke kawasan bekas luka dan biarkandalam masa 15 minit sebelum
membasuh luka dengan air suam.
4- JUS LEMON
Jus lemon merupakan pemutih cara tradisi yang boleh membantu menghilangkan bekas luka. Sapukan sahaja jus lemon ini ke atas tempat yang bermasalah.
5- MADU
Madu mempunyai seribu khasiat kepada kita. Menyapu madu pada kesan parut merupakan salah satu cara yang berkesan untuk menghilangkan kesan parut. Madu ini perlu disapu beberapa kali dalam satu hari, contohya pada waktu pagi, tengah hari dan malam. Cara ini akan membuatkan kulit lebih berseri dan menghilangkan kesan parut dengan berkesan.
Begitulah serba sedikit info dari saya yang dipetik dari majalah remaja. Selamat mencuba semua.