Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

Wednesday 16 November 2011

Cara Tradisi Menghilangkan Parut

Parut ni ada banyak jenis, contohnya kesan parut bekas jerawat, tercedera terkena minyak panas, terjatuh dan sebagainya. Kebanyakkan parut ini tidak boleh dihilangkan dan meninggalkan kesan yang boleh mencacatkan penampilan dan rupa paras seseorang..betol tak?? tetapi kamu semua jangan bimbang sebab aku ada cara-cara untuk menghilangkan kesan parut yang degil ni (macam iklan breeze pulak).. so let check it out

1- MENGUNAKAN LIDAH BUAYA

Caranya ialah sapukan gel lidah buaya ke kawasan luka yang lukanya masih baru. Cara ini berkesan mencegah pembentukan luka yang kekal.

    

2- KAYU CENDANA

Buatlah campuran kayu cendana dengan air mawar. Sapukan campurann tersebut ke kawasan bekas luka pada waktu malam dan bersihkan campuran itu pada waktu pagi. Langkah ini merupakan langkah yang terbaik untuk menghilangkan bekas luka.

3-JUS TIMUN

Sapukan jus timun ke kawasan bekas luka dan biarkandalam masa 15 minit sebelum
membasuh luka dengan air suam.



4- JUS LEMON

Jus lemon merupakan pemutih cara tradisi yang boleh membantu menghilangkan bekas luka. Sapukan sahaja jus lemon ini ke atas tempat yang bermasalah.

5- MADU

Madu mempunyai seribu khasiat kepada kita. Menyapu madu pada kesan parut merupakan salah satu cara yang berkesan untuk menghilangkan kesan parut. Madu ini perlu disapu beberapa kali dalam satu hari, contohya pada waktu pagi, tengah hari dan malam. Cara ini akan membuatkan kulit lebih berseri dan menghilangkan kesan parut dengan berkesan.




Begitulah serba sedikit info dari saya yang dipetik dari majalah remaja. Selamat mencuba semua.